KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendakwa gelombang hijau semakin besar sedang berlaku di lapan kawasan Parlimen dan 32 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri ini.Pesuruhjayanya, Dato' Husain Awang berkata, paling jelas berlaku penerimaan di kalangan anak-anak muda memberi sokongan dan paling kuat bekerja di semua tempat yang ditugaskan."Hingga setakat ini, jentera pilihan raya kami (PAS) bekerja dengan baik dan digerakkan sepenuhnya dan tidak menghadapi sebarang masalah."Dengan tinggal berbaki lima hari berkempen lagi sebelum hari mengundi 9 Mei, kami (PAS) yakin dapat pertahankan kerusi yang telah kami menangi di empat Parlimen dan 15 Dun pada PRU13 lalu."Kami (PAS) yakin dapat menawan beberapa kerusi lagi bagi membolehkan kami menubuhkan kerajaan baharu selepas PRU14, di negeri Terengganu Darul Iman, InsyaAllah," tegasnya dalam satu sidang media sempena PRU14 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.Menurutnya, pada kedudukan ini PAS Terengganu optimis akan dapat menguasai tidak kurang dari 20 kerusi Dun pada pilihan raya nanti.Namun, kata mantan Speaker Dun Terengganu itu, PAS tidak meletakkan kedudukannya yang selesa dan selamat bagi menghadapi parti lawan Umno-Barisan Nasional (BN) dan PKR-Pakatan Harapan (PH)."Pihak lawan kami dari Umno-BN dan PKR-PH sudah tentu tidak akan memberi laluan mudah kepada kami untuk menang."Sebagaimana pengalaman dalam PRU13 lalu, Umno-BN khususnya menggunakan jentera kerajaan dan sogokan wang yang berleluasa untuk memancing undi," jelasnya.Sehubungan itu, kata Dato' Husain terdapat tiga eleman utama kecenderungan rakyat mahu membuat perubahan bagi memilih PAS kali ini."Pertama, parti dan calon (PAS) yang lebih bertanggungjawab untuk memartabatkan Islam dalam kehidupan bernegara."Kedua, parti dan calon yang bersih, jujur dan berintegriti, tidak terlibat dalam rasuah, tidak mengaut kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni serta ada track record cekap dalam urusan pemerintahan."Ketiga, memilih tawaran manifesto yang lebih baik, bersifat jangka panjang dan lebih menjaga kebajikan mereka (rakyat)," ujarnya.Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III Terengganu, Yahaya Ali dan Bendahari PAS Terengganu, Shukrimun M.Shamsuddin. -HARAKAHDAILY
Thursday, May 3, 2018
PRU14: Gelombang Hijau berlaku di Terengganu
KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment