Remaja 22 tahun itu diperkenalkan secara rasmi kepada himpunan para penyokong naib presiden PKR itu di Sentul malam tadi.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua malam tadi secara rasmi memperkenalkan calon bebas P Prabakaran kepada rakyat Batu jagaannya, dengan janji dia akan kembali aktif berpolitik selepas hilang kelayakan untuk bertanding pilihan raya 9 Mei ini.
“Mereka tak boleh terus main taktik kotor mereka. Ini mesti dihentikan,” katanya kepada orang ramai di Bandar Baru Sentul.
Di majlis itu, dia mengangkat tangan Prabakaran, 22, calon paling muda dalam pilihan raya umum ke-14.
Dengan tersingkirnya Tian Chua daripada pertandingan di Batu, Prabakaran akan bertemu Dominic Law dari Barisan Nasional, Azhar Yahya dari PAS dan calon bebas, VM Panjamothy.
Sementara itu, dalam penampilan pertamanya di atas pentas besar, Prabakaran, yang memilih lambang kunci, berterima kasih kepada orang ramai, dan berkata dia akan mewakili anak muda jika terpilih.
“Kita mesti ada suara di Parlimen,” katanya kepada 1,000 orang hadirin, yang melaungkan “reformasi” dan “kunci”.
Dalam temubual sebelum ini, Prabakaran berkata dia menghormati dan memandang tinggi Tian Chua sebagai seorang mentor.
“Keluarga saya menetap di Batu sejak saya lahir, dan mereka menyokong PKR dari awal lagi,” katanya.
Prabakaran hari ini memberi jaminan dia tidak akan menyertai BN.
Ditanya sama ada dia akan sertai PKR, dia berkata: “Saya akan bincang perkara itu selepas pilihan raya.
No comments:
Post a Comment