SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menasihatkan kepada semua pengundi secara pos memastikan kerahsiaan undi mereka terpelihara.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, pengundi pos
disarankan tidak merakam gambar mana-mana dokumen seperti kertas undi,
borang atau sampul berkaitan PRU14 dan menularkannya melalui media
sosial atau apa-apa medium komunikasi.
"Pengundi mengundi pos sama ada di dalam negara mahupun di luar negara
untuk tidak merakam foto atau gambar mana-mana dokumen seperti kertas
undi, borang atau sampul-sampul berkaitan PRU14 dan menularkannya
melalui media sosial atau apa-apa medium komunikasi.
"Larangan ini bertujuan bagi memastikan ketelusan Undi adalah rahsia
tetap terpelihara dalam PRU14," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, larangan itu meliputi semua jenis pengundian termasuk undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa.
Beliau berkata, larangan itu meliputi semua jenis pengundian termasuk undi pos yang menerima dokumen pilihan raya sebelum pengundian awal atau biasa.
"Ia juga bertujuan memelihara keselamatan dan kepentingan awam
sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya dipetik Sinar
Harian.
Mohd Hashim turut menegaskan bahawa, mana-mana individu atau pihak yang
didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah
Seksyen 3, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
"Apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua (2)
tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda
kedua-duanya sekali.
"Individu terbabit juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan
sebagai seorang pemilih atau mengundi dalam mana-mana pilihan raya
sehingga tamat tempoh lima (5) tahun dari sabitan itu, dan jika pada
tarikh itu dia telahpun dipilih dalam mana-mana pilihan raya, kerusinya
hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan itu," katanya.
No comments:
Post a Comment