Oleh Siti Nur Azizah Mohd Zaini
SHAH ALAM: Sebanyak 67 peratus pengundi Langkawi menolak mantan Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli Parlimen Langkawi, kata
ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Chegubard atau
Badrul Hisham Shaharin.
Katanya, ini adalah hasil kaji selidik yang dilakukan oleh SAMM selepas
Dr Mahathir diumumkan sebagai calon bertanding di Parlimen Langkawi,
baru-baru ini.
Menurutnya, kajian ini berdasarkan seramai 2,000 orang responden yang
disahkan sebagai pengundi di Langkawi melalui nombor kad pengenalan
masing-masing.
Kajian itu dijalankan dalam empat hari, tambahnya.
"Soalan kita cuma satu sahaja, selaku pengundi bersedia tidak untuk
menerima Tun Mahathir Mohamad atau menyokong Mahathir Mohamad? Nak undi
Mahathir ke tak nak undi Mahathir.
"Ironinya kajian ini dilakukan selepas pengumuman Dr Mahathir dan
program terbesar Dr Mahathir di Langkawi ini dan ternyata 67 peratus
daripada jumlah keseluruhan menyatakan bahawa mereka bersedia menolak Dr
Mahathir Mohamad," kata Chegubard dalam siaran FB Live yang disiarkan
dalam Facebook bekas pemimpin Srikandi PPBM, Anina Saadudin hari ini.
Parlimen Langkawi (P04), mempunyai 42,207 pengundi dengan 90.3 pengundi
Melayu, 6.1 peratus Cina, 2.4 peratus India dan 0.3 peratus pengundi
lain-lain.
Ia juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon BN,
Nawawi Ahmad, Zubir Ahmad dari PAS dan Dr Mahathir dari PKR.
No comments:
Post a Comment