Semalam, 6 Mei 2018, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, “memohon maaf atas kekerasan nada atau bahasa yang saya gunakan jika dianggap kasar” dan “memohon maaf atas kekasaran bahasa sekiranya ada yang tersinggung perasaan” bila video rakaman beliau yang menghina Tun Dr Mahathir menjadi tular di media sosial.
Malam ini, 7 Mei 2018, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, sendiri pula menggunakan nada dan bahasa keras di dalam ceramah beliau di Larkin, Johor, dengan:
(1) Turut berbicara tidak sopan bila membayangkan Tun Dr Mahathir akan mati sebelum PRU 15 dengan menyebut: “Lagi lima tahun ada kah Mahathir? Lagi lima tahun ada kah Mahathir? Dia sudah 93 tahun, sudah tua.”
(2) Turut menggunakan bahasa tidak sopan ke atas Datuk Seri Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO lain dengan menyebut: “UMNO kalah siapa mampus? Najib mampus, pemimpin-pemimpin kroni Najib mampus.”
Inilah yang dikatakan “guru kencing berdiri, murid kencing berlari”.
Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM)
LIHAT VIDEO DI SINI
No comments:
Post a Comment