Thursday, May 3, 2018

Kaji semula akta pusat hiburan: PPIM

Ainulillia


Tindakan tegas terhalang kerana ada pusat hiburan yang dilindungi


PUTRAJAYA – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan menggesa akta serta undang-undang yang berkaitan dengan pusat-pusat hiburan dikaji semula dengan segera.
Beliau berkata, gesaan itu dibuat susulan pihak berkuasa tidak dapat bertindak tegas terhadap pusat-pusat hiburan yang besar dan ‘dilindungi’.

“Selepas 40 siri Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) dijalankan, Akta Hiburan dan Akta Hiburan; Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Undang-undang kecil yang berkaitan didapati mempunyai beberapa kelompongan dan kelonggaran yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu menjalankan aktiviti tidak sihat.

“PPIM dan NGO-NGO lain yang menjayakan Op BAH dengan pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan berpendapat masanya telah tiba untuk semua akta dan undang-undang kecil berkaitan pusat-pusat hiburan ini dikaji semula,” katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di sini hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH itu dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras Ops BAH, Azman Mahmod serta disertai oleh pimpinan beberapa NGO Islam.

Selain PPIM, Jawatankuasa Bertindak Ops BAH tersebut turut dianggotai oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid); Persatuan Mixed Martial Arts Malaysia; Persatuan Perniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Malaysia Coruption Watch dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.


No comments: