GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengumumkan bonus
RM2,000 untuk penjawat awam negeri yang mempunyai rekod disiplin baik.
Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2018 Negeri Pulau
Pinang di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata bayaran bonus
itu akan dibuat akhir tahun ini kepada hampir 8,000 penjawat awam
negeri.
"Mereka yang tidak mempunyai rekod disiplin yang baik seperti mana yang
ditentukan oleh Setiausaha Kerajaan negeri akan dibayar RM1,000,"
katanya dalam DUN hari ini.
Beliau berkata bonus RM2,000 tunai ini juga adalah berkuat kuasa
terhadap pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan
Majlis Perbandaran Seberang Perai serta agensi kerajaan negeri.
Selain itu, Guan Eng berkata kerajaan negeri juga akan memberikan bonus
tunai RM300 kepada sekolah agama, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
(KAFA) serta guru sekolah persendirian Cina.
"Mereka di sekolah tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam akan menerima saguhati RM200 tunai," katanya.
No comments:
Post a Comment