FREETOWN: Pelombong dilaporkan menemui berlian 476 karat di Sierra
Leone, lapan bulan selepas berlian bernilai lebih tinggi ditemui di
timur negara itu.
Pakar berkata, ia adalah berlian ke-29 paling besar pernah ditemui di
bumi namun mereka belum menentukan nilai batu berharga itu.
Ketua Pengarah Agensi Mineral Nasional negara itu, Sahr Wonday, berkata
penemuan terbaru di wilayah Kono itu membuktikan potensi besar sumber
mineral di kawasan terbabit.
Wonday berkata, syarikat yang menemui batu itu, Meya Mining, sudah
mendapat kelulusan kerajaan untuk mengeksport berlian terbabit dan akan
dilelong di pasaran antarabangsa. - AFP
No comments:
Post a Comment