SHAH ALAM: DAP menggantung tugas rasmi seorang pemimpin Sabah dan wakil
rakyatnya, Dr Edwin Bosi, ekoran tindakannya merosakkan imej parti.
Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin bagaimanapun berkata,
penggantungan Edwin selama tiga bulan yang berkuatkuasa semalam itu
tidak menjejaskan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah dan
ADUN Kepayan.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Tai Sin Piau berkata
tindakan ke atas Edwin diambil ekoran terdapat bukti bahawa pemimpin itu
berulang kali mengugut untuk melompat parti atau menjadi calon Bebas
jika tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum.
Edwin juga didakwa berulang kali menyebut hilang kepercayaan kepada
Pengerusi PKR negeri, Stephen Wong dan menuduhnya menunjukkan kepimpinan
yang lemah.
Bagaimanapun, beliau mempunyai 14 hari untuk merayu terhadap penggantungan tersebut.
Sebelum ini, Edwin diura-ura berminat menyertai Parti Cinta Sabah (PCS)
yang diketuai ADUN Tamparuli, Datuk Seri Wilfred Bumburing,
bagaimanapun beliau menafikan khabar tersebut.
Untuk rekod, Edwin memenangi kerusi Kepayan pada PRU 2013 dengan majoriti 7,000 undi dalam pertandingan empat penjuru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan