Ahad, 28 Mei 2017

Empat lelaki samun kedai emas

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SERDANG: Polis melancarkan Ops Tutup bagi memburu empat lelaki yang melarikan barangan kemas dari sebuah premis dalam sebuah pusat beli-belah di Seri Kembangan, di sini, malam ini. 
 
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong, berkata pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menghubungi polis kira-kira jam 7.30 malam. 
 
Berdasarkan siasatan awal, empat suspek memakai topi keledar penutup penuh meluru masuk ke premis dengan dua daripadanya bersenjatakan pistol. 
 
"Ketika kejadian terdapat empat pekerja dalam premis dan seorang pengawal keselamatan. 
 
"Seorang suspek kemudian mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa. Pada masa sama, suspek lain memecahkan ruang pameran sebelum melarikan barang kemas," katanya dalam satu kenyataan. 
 
Katanya, setakat ini belum dapat dipastikan jenis kenderaan dinaiki suspek serta jumlah kerugian namun, kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV). 
 
"Kita sedang teliti rakaman CCTV itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya

Tiada ulasan: