Ahad, 28 Mei 2017

Waspada terhadap sindiket guna Ramadan untuk mengutip wang


ISMA WEB
 


KOTA BHARU – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan umat Islam supaya berwaspada dalam memberi sedekah kepada pengemis pada bulan Ramadan bagi mengelakkan menyumbang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, meskipun ia adalah perkara biasa bagi umat Islam bersedekah terutama dalam bulan Ramadan, namun ia perlu berhati-hati supaya tidak menyumbang kepada sindiket mengemis yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Katanya, sesetengah umat Islam mungkin tidak menyedari perkara itu dan menyalurkan wang mereka terhadap pihak yang dianggap tidak berhak menerimanya.

Mohamad Shukri berkata, sindiket berkenaan cenderung menggunakan wanita, warga tua dan kanak-kanak untuk mengutip derma bagi kepentingan peribadi mereka.

“Tidak salah untuk menderma wang kepada mereka yang kurang bernasib baik termasuk pengemis dan anak-anak yatim, kerana ia adalah sebahagian daripada tuntutan agama.

“Tetapi saya takut apabila sesetengah pihak mengambil kesempatan daripada sifat pemurah orang lain untuk mendapatkan wang dengan mudah,” katanya.


Tiada ulasan: