Isnin, 29 Mei 2017

SPRM perlu siasat pembinaan gerai ayam di Kluang

Berita Daily Staff

Walaupun menerima kunci gerai, para peniaga masih belum boleh berniaga kerana tiada sistem perparitan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat secara terpeinci pembinaan gerai ayam di pasar awam Kluang yang membabitkan kos RM400,000, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.

Jelasnya apa yang mencurigakan adalah walaupun peniaga telah menerima kunci gerai namun masih belum boleh berniaga kerana pembinaan yang tidak sempurna kerana sistem perparitan yang masih belum dibina walaupun ia penting.

“Sehubungan itu, berdasarkan keraguan-keraguan yang telah dinyatakan, saya dan PH (Pakatan Harapan) Kluang telah mengajukan satu surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memohon agar dijalankan satu siasatan terperinci termasuk dari aspek pelan cadangan, pelan skematik, perlantikan perunding, pengeluaran tender, proses perlantikan kontraktor sehinggalah garis waktu proses pembinaan.

“Saya berharap, SPRM dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas permohonan ini agar rakyat dapat mengetahui duduk letaknya isu pembinaan gerai ayam di pasar awam Kluang dengan segera dan nasib mereka terbela,” katanya menerusi kenyataan media.

Tambahnya, walaupun dikatakan sudah siap sepenuhnya namun hakikatnya peniagaa sehingga kini semenjak kebakaran berlaku Julai tahun lalu masih belum boleh menjalankan perniagaan.

“Di saat ini, kita boleh melihat gerai ayam telah siap tersergam tetapi tiada langsung sistem perparitan dibina. Peniaga tidak mahu berpindah. Tanpa perparitan, proses jual beli ayam pastilah terganggu.

“Mereka (peniaga) keliru, mengapa mereka diberikan kunci sedangkan mustahil untuk mereka pindah masuk ke gerai baru untuk berniaga sekiranya tiada sistem perparitan?” katanya menerusi kenyataan media.

Sheikh Omar dalam masa sama turut mempertikaikan pembinaan yang diluluskan walaupun tanpa sistem perpatiran berdasarkan Akta Parit & Bangunan 1974 dan Akta Perumahan 133.

“Mengikut Uniform Building By Laws 1984, Akta Parit & Bangunan 1974 dan Akta Perumahan 133; setiap pelan pembinaan perumahan atau kedai mestilah disertakan bersama lukisan perincian sistem perparitan oleh pihak perunding bertauliah sebelum diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Justeru, menjadi suatu kesalahan jika bangunan yang dibina tiada mempunyai sistem perparitan piawai.

“Pada hemat kami, sepatutnya kos binaan yang mencecah RM400,000 hendaklah termasuk sistem perparitan mengikut akta sedia ada,” ujarnya.

Pada 27 Julai 2017, 23 gerai menjual ayam di Pasar Awam di Jalan Pasar, di sini, musnah dalam kebakaran.

Selepas itu Adun Mahkota merangkap Exco Kerajaan Tempatan Negeri Johor Md Jais Sarday oleh kerana kerja-kerja ‘clearance site’ maka peruntukan RM400 ribu tidak mencukupi untuk membina semula gerai ayam tersebut.

Katanya Majlis Perbandaran Kluang (MPK) demi membina longkang, peruntukan ditambah RM80,000 yang mana perlantikan kontraktor telah dilakukan pada 5 Mei 2017, dijangka kerja-kerja dijangka akan bermula pada 25hb Mei 2017.

Tiada ulasan: