KEMELUT yang berlaku dalam negara kini memerlukan satu perubahan atau anjakan politik yang serius.
Kegawatan ekonomi, yang sebahagiann besarnya berpunca dari salah urus
khazanah negara telah sampai kepada kemuncaknya bila semua
penyelewengan yang selama ini ditutup, kini terbuka satu demi satu.
Kebobrokan dan salahguna kuasa kini semakin nyata sehingga munculnya
pelbagai kenyataan dari dalaman Umno dan kabinet yang mempertikai secara
terbuka apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Kritikan-kritikan bekas pimpinan tertinggi BN seperti Tun Dr Mahathir
Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Afdal, Tan Sri
Ling Liong Sik di dalam isu 1MDB sehingga ada yang keluar dan dipecat
dari parti sehingga wujudnya parti-parti baru adalah perkembangan
politik yang semakin mendebarkan.
Di samping itu, terdapat pelbagai desakan agar PM meletak jawatan.
Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
BN dijangka tidak lagi mampu bertahan.
Dalam keadaan seperti ini, teknik mengalihkan pandangan rakyat
daripada isu-isu yang sedang melanda rakyat kepada isu-isu remeh-temeh
dan sensasi sedang dilakukan giat.
Dengan teknik ini, BN berharap rakyat dapat melupakan isu seperti
1MDB dan kenaikan kos sara hidup dan memberi tumpuan kepada
program-program seperti TN50, drama-drama politik yang tidak henti
seperti insiden tampar dan juga tangkapan-tangkapan berprofil tinggi
para penjawat awam seperti seorang bekas polis pegawai tinggi yang
dituduh menerima komisyen RM1 juta tapi akhirnya dibebaskan.
BN akan mencuba apa sahaja, tapi realitinya, perubahan politik ini
tidak dapat dielakkan lagi, hanya masa sahaja belum diketahui.
Kebangkitan golongan muda dan desakan ke arah perubahan total semakin hari semakin kuat.
Cuma, persoalan besarnya ialah ke manakah perubahan yang hendak dibawa?
Apakah kita hanya menukarkan kepimpinan negara bersama sistem sekular atau megubah tapak dan sistem negara ini secara total?
Bagi PAS, perubahan mesti mengembalikan manusia kepada sistem Islam
yang syumul, selaras dengan gagasannya sebagai rahmat bagi seluruh alam.
Golongan menentang akan terus menolak idea dan gagasannya ini.
Meskipun sejarah menunjukkan bahawa keagongan tamadun manusia berlaku di
zaman Islam, namun sikap anti-Islam atau Islamphobia yang dicanang oleh
Barat yang kini berjaya meresap masuk ke akal fikiran manusia, telah
menjadikan mereka bertindak dan berhujah secara tidak rasional apabila
terdengar sahaja perkataan "Islam".
Anehnya, mereka boleh menerima sistem komunisma, kapitalisma,
sosialisma dan pelbagai lagi 'ma' asalkan ia bukan bernama "Islam".
Tanpa kembali kepada Islam yang sebenar, yakni kita hanya akan melakukan perubahan yang separuh masak.
Kita sekadar akan merubah dari satu kegagalan sistem ciptaan manusia
kepada satu lagi sistem ciptaan manusia yang lain yang juga akan
berhadapan dengan pelbagai kelemahan dan kepincangan.
Di dalam apa-apa perubahan, sepatutnya kita mengambil peluang untuk
meruntuhkan sistem jahiliyah dan menegakkan sistem Islam di atas
keruntuhan tersebut.
Islam menawarkan pakej lengkap dalam usaha melakukan perubahan.
Gagasan Islam tidak bersifat ancaman, dan jauh lagi bersifat paksaan.
Sebaliknya gagasan ini mengemukakan cadangan dan pilihan.
Islam menentang sikap menutup telinga dan mata kepada perubahan. Di
dalam Islam, manusia diseru untuk membuka mata dan telinga, mengkaji
dengan ikhlas hati serta membuat rumusan sendiri terhadap apa yang
diperolehinya.
Golongan marhaen dijadikan mangsa kerakusan pemimpin yang tamakkan
kuasa. Kegilaan pada kuasa menyebabkan mereka menjadikan rakyat batu
loncatan dengan menjanjikan perubahan ke arah yang lebih baik.
Rakyat dijanjikan negara yang harmoni, tiadanya rasuah dan salahguna
kuasa. Namun apa yang mendukacitakan ialah perubahan yang dibawa
hanyalah tempelan kerana ia hanya menukarkan watak pelaku tanpa merubah
sistem yang menjadikan landasan perubahan tersebut.
Keadilan hanya dapat dinikmati dari sistem yang adil. Tanpa perubahan
sistem dan dasar kepada sistem yang benar-benar adil, rakyat tidak akan
dapat mengecapi keadilan sebenar.
Kerana itulah, Allah menurunkan satu sistem yang syumul kepada
manusia iaitu sistem Islam kerana tiada siapa yang dapat memahami
ciptaan-Nya lebih baik daripada penciptanya itu sendir
Faktor utama yang membawa kepada perubahan ini ialah keinginan yang kuat. Keinginan mestilah disertai dengan gerak kerja yang tersusun dan mujahadah yang tinggi dan kesungguhan bekerja. Kepentingan peribadi perlu diketepikan sama sekali.
Dengan ramuan ini, barulah satu bentuk gerak kerja berjemaah yang tersusun rapi dapat dilahirkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah As-Saff: 4.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Makkah al Mukarramah
Faktor utama yang membawa kepada perubahan ini ialah keinginan yang kuat. Keinginan mestilah disertai dengan gerak kerja yang tersusun dan mujahadah yang tinggi dan kesungguhan bekerja. Kepentingan peribadi perlu diketepikan sama sekali.
Dengan ramuan ini, barulah satu bentuk gerak kerja berjemaah yang tersusun rapi dapat dilahirkan sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah As-Saff: 4.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
Tuan Ibrahim Tuan Man
Makkah al Mukarramah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan