Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Sallehudin Ayub semalam bahawa parti itu akan menamakan Presidennya, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, boleh menjejaskan hubungan parti itu dengan PKR.
Ramai di kalangan pimpinan dan ahli PKR, kecewa dengan kenyataan Sallehudin, seolah-olah ditikam kawan dari belakang.
Tidak sepatutnya kenyataan itu dibuat kerana Pakatan Harapan secara dasarnya telah bersetuju untuk melantik Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Datuk Sri Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara.
Lagipun, semasa Kongres PKR, sekalipun lambat, Mat Sabu turut sama mengangkat placard Anwar PM ke 7, seterusnya membuktikan bahawa beliau tidak ada minat untuk menjadi Perdana Menteri dan bersedia membuka jalan kepada Anwar.
Untuk mengelakkan perkara yang lebih besar, Sallehudin harus meminta maaf secara terbuka dan menarik semula kenyataan yang dibuatnya berkenaan mencalonkan Mat Sabu sebagai Prdana Menteri dengan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan