Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Pesuruhjaya dan tiga Exco PAS Selangor perlu menyatakan
dengan lebih khusus apakah ikrar taat setia kepada pentadbiran kerajaan
negeri Selangor turut melibatkan semua parti komponen dalam Pakatan
Harapan (PH).
ADUN Kampung Tungku, Lau Weng San berkata PH di Selangor juga
dianggotai Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), justeru PAS
harus akur dan bekerjasama wakil parti itu.
Semalam, tiga Exco PAS tampil dalam satu kenyataan bersama yang secara
jelas mendokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dan
meneruskan khidmat kepada rakyat negeri itu.
"Mereka juga perlu ambil maklum, pentadbiran ini juga disokong dan
dianggotai oleh wakil rakyat parti Amanah dan juga parti Bersatu PPBM),
maka mereka (PAS) juga perlu melafazkan kenyataan yang sahih bahawa
tidak ada masalah untuk mereka berfungsi di bawa kerajaan ini," katanya
ketika dihubungi Antarapos.
Ikrar taat setia PAS itu dikeluarkan sebagai respon kepada titah Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mehu wakil PAS kekal
berkhidmat di negeri itu, meskipun partinya sudahpun memutuskan tahaluf
siyasi dengan PKR.
PAS sebelum itu bertegas tidak akan mengarahkan wakilnya, Datuk
Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib,
meninggalkan Selangor sementelah mendapat mandat daripada rakyat negeri
itu, membela nasib mereka hingga tamat penggal ini.
Mengulas lanjut, Weng San berkata, selain menyatakan kesediaan untuk
bekerjasama dengan Amanah dan PPBM, PAS juga perlu menyatakan secara
jelas bahawa mereka tidak akan bersekongkol dengan Umno dalam apa bentuk
kerjasama politik.
"Barangkali lebih baik lagi kalau mereka boleh lafazkan secara rasmi
yang mereka tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam apa jua bentuk pun
khususnya kerjasama politik," ujarnya beliau.
PAS dan Umno sebelum ini bersetuju untuk bekerjasama dalam isu-isu yang
hanya melibatkan kepentingan serta bermanfaat untuk rakyat.
PAS juga bertegas tidak akan sesekali bergabung atau menyertai Umno Barisan Nasional (BN).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan