Ahad, 28 Mei 2017

Wanita maut jatuh perigi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
SITIAWAN: Wanita berusia 52 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Pekan Gurney, di sini, pagi ini. 
 
Mangsa yang dikenali sebagai Yep Mee Huong disedari sudah terjatuh ke dalam perigi oleh ahli keluarganya sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. 
 
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Azmi Mohd Yusof berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 7.40 pagi. 
 
"Sebaik tiba, kami mendapati mangsa sudah berada di dalam perigi itu dan seorang anggota dikerahkan turun ke dalam perigi dengan menggunakan tali untuk membawa keluar mangsa. 
 
"Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini. 
 
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.20 pagi

Tiada ulasan: