KUALA LUMPUR: Ventriloquist pertama Malaysia, Sheikh Mahadi Ahmad
Baladram atau lebih dikenali dengan nama Pakcik Jalud, meninggal akibat
sakit tua jam 11 pagi tadi.
Allahyarham yang dikenali ramai pada era 70-an dan 80-an meninggalkan seorang isteri dan dua anak.
Menurut anak angkatnya, Aminuddin Ahmad Nasir, 29, Allahyarham
meninggal pada usia 70 tahun kerana sakit tua dan semput di rumahnya di
Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.
Allahyarham akan dikebumikan selepas waktu Asar di Tanah Perkuburan
Alam Damai, Cheras, selepas disembahyangkan di Surau Al-Mustaqimah,
Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Menerusi temubual bersama media sebelum ini, beliau berkata, boneka
popularnya yang diberi nama Jalud itu dibeli di Amerika Syarikat pada
harga RM300.
Beliau bagaimanapun membuat sedikit penambahan ke atas boneka terbabit seperti menambah gigi hadapan, gaya rambut dan pakaian.
Selain Jalud, Mahadi juga mempunyai sebuah lagi boneka yang diberi nama Dr Al-Latah.
Allahyarham memulakan kerjaya sebagai penghibur selepas menjadi finalis
Bakat TV RTM 1978. Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam dunia
lakonan menerusi Mami Jarum arahan Prof Datuk Dr Razak Mohaideen.
No comments:
Post a Comment