Oleh Zeanaaima Md Yusof
SHAH ALAM: Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminuddin Yahya menyokong
hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk mengadakan demonstrasi sebatan
mengikut syariah Islam.
Ujarnya, program sebegitu akan menjelaskan kekeliruan masyarakat
tentang bagaimana hukuman sebat dalam perundangan islam dilakukan.
"Kita setuju benda yang baik supaya orang lain faham sebab ramai pun yang tidak faham dengan hukuman dalam konteks syariah ini.
"Mudah-mudahan orang ramai akan memahami hukuman dalam Mahkamah Syariah ini," ujarnya ketika dihubungi Antarapos.
Semalam, Exco Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata kerajaan
negerinya bercadang mahu menganjurkan demonstrasi bagi menunjukkan
bagaimanakah hukuman sebat dilakukan mengikut perundangan Islam.
Ujarnya, demonstrasi itu akan menjernihkan salah faham masyarakat
terhadap usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah menerusi Akta 355.
Aminuddin berkata, usaha memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah
tidak dapat tidak perlu dibuat berikutan sudah terlalu lama ia tidak
dipinda.
"Bagi msyarakat umum yang tidak memahami (mengenai Mahkamah Syariah) sebelum ini, saya ra itu sesuatu yang patut kita sokong.
"Tapi kalau semua orang nak tengok dari sudut politik, dia adalah sudut
pandangan dia juga. Tapi kita di NGO Islam, ia baiklahuntuk kefahaman
masyarakat," katanya lagi.
Menurutnya, bidang kuasa yang terhad Mahkamah Syariah langsung tidak digeruni pesalah syarie.
Sejak 32 tahun lalu, hakim Mahkamah Syarie hanya boleh mengenakan
hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan hukuman
sebatan maksimum enam kali sahaja.
No comments:
Post a Comment