Thursday, March 2, 2017

Jangan ingat Pas akan 'tutup mata' sahaja!


Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas sudah bekerja keras di sepanjang lima PRU lepas untuk mempertahankan Kelantan dan jentera Pas sudah siap sedia melakukannya kali ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, mustahil untuk PRU akan datang, Pas hanya akan 'tutup mata' dan melihat parti lain termasuk Umno menakluk Kelantan.

"Daripada PRU tahun 90-an, kita sudah 'pegang' Kelantan, lepas itu kita hadapi PRU sekali lagi pada tahun 1995, kemudian pada tahun 1999, 2004 dan 2003.

"Sudah lima kali PRU kita kerja keras untuk mempertahankan Kelantan daripada Umno. Sepanjang itu jugalah kita menang," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Umno Kelantan diminta mengambil kesempatan untuk menumbangkan kerajaan Pas memandangkan parti berkenaan sedang berdepan dengan isu perpecahan dalaman.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, perpecahan itu mungkin disebabkan ahlinya tidak berpuas hati dengan pemimpin sedia ada.

[ARTIKEL BERKAITAN: Umno perlu ambil kesempatan rampas Kelantan]

Membalas kenyataan Tengku Razaleigh, Nasrudin berkata, Pas sama sekali tidak akan berpeluk tubuh dan berada di dalam keadaan selesa untuk PRU kali ini.

Sama seperti PRU lepas, Nasrudin berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera untuk kesekian kali bagi menghadapi tentangan Umno dan parti lain pada PRU nanti.

No comments: