shahbudindotcom
Apabila
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali baru-baru ini mendakwa bahawa Najib
Razak cuba meletakkan bekas pegawai kanannya sebagai timbalan pengerusi
SPR, tetapi ditolak oleh Majlis Raja-Raja, beliau barangkali sengaja
melakukannya dengan fakta yang tidak begitu tepat.
Mustahil
beliau tidak tahu ketepatannya kerana sebagai Menteri Besar, Azmin
turut hadir dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja itu mengiringi Sultan
Selangor.
Tujuannya
ialah untuk melihat sama ada Najib berani menafi atau mengesahkannya
bagi membuktikan kesahihan dakwaan wujudnya percubaan campurtangan BN
dalam badan pegendali pilihanraya itu.
Tetapi,
melalui kenyataan oleh Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Tengku
Sariffuddin Tengku Ahmad semalam, ia dengan sendirinya mengesahkan
dakwaan Azmin itu adalah benar.
Dalam
kenyataan medianya, Tengku Sariffuddin memberitahu, kertas cadangan
untuk melantik bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Shukry Mohd
Salleh sebagai Timbalan Pengerusi SPR tidak dibentang dan dibincang
dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Kata beliau, cadangan itu telah ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan.
Soalnya, mengapa kertas cadangan itu ditarik balik sebelum mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan?
Adakah Najib dapat merasakan cadangan itu sukar diterima oleh Majlis Raja-Raja atau kerana sebab-sebab lain?
Adakah cadangan itu hanya ditarik sementara atau ditarik terus?
Jika
cadangan nama Shukry ditarik balik, kenapa tidak dicadangan nama lain
dan jawatan timbalan pengerusi SPR itu dibiarkan kosong sehingga kini?
Tidak mustahilkah cadangan yang sama akan dikemukakan semula di lain masa?
Yang
penting ialah dengan kenyataan media itu, PMO dengan sendirinya telah
mengesahkan dan mengakui memang benar ada percubaan oleh Najib untuk
meletakkan bekas pegawai kanannya di kedudukan penting dalam SPR.
Jerat Azmin ternyata sudah mengena.
No comments:
Post a Comment