(MMO) – Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan
Sri Muhyiddin Yassin diberi peluang menyampaikan ucapan sempena
konvensyen pertama gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan (PH) Sabtu
ini.
Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) bukan sebahagian PH, Datuk Saifuddin Abdullah berkata Dr Mahathir
akan menyampaikan pidato khas di Shah Alam.
Manakala presiden Muhyiddin akan memberikan ucapan bersama-sama dengan tiga pimpinan utama PKR, DAP, dan Amanah.
“Matlamatnya ialah membincangkan
penubuhan gabungan pembangkang yang lebih besar dan kuat, dan mewujudkan
pertandingan satu lawan satu antara pembangkang melawan BN dalam
PRU14,” kata setiausaha PH dalam kenyataan hari ini.
Katanya, konvensyen akan dihadiri 1,000
orang dan diisi dengan perbahasan beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng dan Muhamad Sabu.
No comments:
Post a Comment