Zulaikha Zulkifli
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan meletakkan
pasukannya dalam bahaya sekiranya beliau tidak bertindak gerakan Baju
Merah daripada menganjurkan perhimpunan balas serentak pada Sabtu ini,
kata Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Ini selepas Khalid dilaporkan berkata polis bersedia jika berlaku
kemungkinan pertembungan di antara kedua-dua kumpulan itu dan akan
menggunakan kaedah kawalan, termasuk penggunaan semburan lada, jika
perlu.
"IGP Khalid, kamu diingat bahawa kamu mempertaruhkan nyawa dan
keselamatan pasukan polis kamu pada Sabtu ini melainkan kamu melakukan
sesuatu terhadap Jamal sekarang.
"Hentikan mesej fanatik, fasis dan perkauman Baju Merah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, Datuk Seri Jamal Yunos yang memipin gerakan Baju Merah mengamalkan perkauman dan fasis dan ini sukar untuk disekat.
Sehubungan itu, sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap
Jamal sebelum perhimpunan Sabtu ini, Khalid akan mempertaruhkan nyawa
anggota keselamatan yang bertugas.
"Kumpulan yang fasis dan perkauman seperti Baju Merah tidak boleh dikawal.
"Jika kamu tidak sekat dia sekarang, kamu bukan sahaja meletakkan
orang awam yang menyertai (perhimpunan) BERSIH 5 dalam bahaya,” katanya.
Jamal, bulan lalu ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis atas dakwaan menghasut.
Selepas hidungnya berdarah dalam pergelutan di Ampang, Ahad lalu,
Jamal berikrar untuk membalas dendam dengan ‘hutang darah dibayar darah’
dan mahu ‘mencincang’ mereka yang melukakannya itu.
Pergelutan itu tercetus apabila kumpulan Baju Merah cuba keluar dari sebuah pusat membeli-belah tetapi dihalang oleh polis.
Mereka sebelum itu mengekori aktivis PKR yang berbaju-T BERSIH yang mempromosikan perhimpunan pada 19 November tersebut.
Jamal dirakamkan dalam video kejadian itu menjerit "polis tumbuk
saya" tetapi kemudian menafikan berbuat demikian. Beliau sebaliknya
menyalahkan ‘budak’ Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin.
Zuraida hari ini memfailkan saman fitnah ke atas Jamal kerana
menuduhnya dan ‘budaknya’ yang mencederakan pemimpin Umno Sungai Besar
itu.
LIHAT VIDEO DI SINI
No comments:
Post a Comment