shahbudindotcom
Memetik
laporan dari Singapura semalam di mana perbicaraan berkaitan 1MDB
sedang berjalan, seorang pegawai polis di Jabatan Hal Ehwal Komersial
negara itu buat julung kalinya mengesahkan bahawa Jho Low adalah orang
penting dalam siasatan penggubahan wang haram yang mereka jalankan
berkaitan dengan dana syarikat pelaburan itu.
Pegawai tersebut, Oh Yong Yang memberitahu mahkamah, Jho Low disiasat sejak tahun 2015 lagi.
Jho
Low adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga
adalah berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang lain...ia bermula
pada 2015," kata beliau.
Katanya,
turut dalam senarai penyiasatan mereka ialah Eric Tan Kim Loong dan
Mohamed Badawy Al Hussainy, kedua-duanya adalah individu yang pernah
memegang jawatan penting dalam Aabar Investment di Abu Dhabi.
Laporan di atas adalah pengakuan dalam mahkamah di Singapura. Ia bukan main-main atau macam berita gossip artis.
Namun
jika diimbas, Najib Razak pada 16 Mac 2015 dalam jawapan bertulis di
Parlimen, pernah mengatakan bahawa Jho Low tidak mempunyai sebarang
kaitan dengan 1MDB.
Kata beliau, semua perkara berkaitan 1MDB diputuskan oleh pengurusan dan lembaga pengarah syarikat tersebut.
Kemudian
CEO 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada 26 Mac 2016 juga menafikan sebarang
kaitan antara Jho Low dengan syarikat pelaburan itu.
Jho
Low tiada sebarang aktiviti dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh
syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas oleh syarikat, katanya lagi.
Tetapi,
berdasarkan apa yang terkini yang dilaporkan di Singapura itu, terbukti
dan sah ia bertentangan dengan kata-kata Najib dan Arul sebelum ini.
Maka,
mari kita pelawa Najib dan Arul, beserta Peguam Negara Apandi Ali untuk
menyanyi sambil berjoget lagu "sha la la la la" sekali lagi!!
No comments:
Post a Comment