shahbudindotcom
Hari
ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi
pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan
pembinaannya kepada syarikat dari China.
Najib
Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai
RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd
atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan
keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah
RM46,000 juta.
Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.
Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza?
Ke mana perginya RM9 bilion itu?
Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk ke poket sesiapa?
Jika
sebelum ini, nilai projek itu yang setinggi RM55 bilion sedangkan
anggaran kosnya hanya RM30 bilion dan pengumumannya yang terlihat cukup
pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan dan tender terbuka sudah cukup
menimbulkan banyak tanda tanya, perbezaan harga RM9 bilion ini tentu
saja menambahkan lagi kejutan yang ada.
Semalam,
Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menjawab dengan pantas atau
kalau lewat pun, tidak melebihi dua hari bagi sebarang isu yang timbul
dalam negara.
No comments:
Post a Comment