Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion adalah termahal di dunia.
Kata beliau, laporan yang disiarkan sebuah akhbar ekonomi berbahasa Inggeris tempatan itu didakwa tidak benar.
Malah ujarnya, walaupun kos RM55 bilion dilihat mahal ia tidak
bermakna projek termahal yang mana pembinaan projek ECRL berjarak 688
kilometer bukan hanya untuk pembinaan landasan semata-mata malah
meningkat disebabkan penambahan jarak.
"Ikutkan pelan asal, RM46 bilion melibatkan Rangkaian dari Gombak
ke Tumpat, Kelantan berjarak 600 kilometer, tetapi pertambahan rangkaian
dari Gombak ke Pelabuhan Klang punca tambahan RM9 bilion bagi projek
tersebut.
"Selain itu, projek bersifat hijau itu juga menelan kos bagi kajian
kejuruteran untuk rekabentuk kelajuan, topografi, keadaan geologi tanah
yang sangat diwajibkan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen
hari ini.
Justeru katanya, perlu mengambil tahu bahawa pemilikan, pengurusan dan operasi ECRL akan dikuasai oleh Malaysia sepenuhnya.
"Setiap projek keretapi mempunyai keunikan struktur kos sendiri disebabkan keadaan geografi dan keperluan infrastruktur.
"Contohnya Projek Rail Brammer Switzerland bernilai (AS$11.9 bilion
untuk 57 kilometer - AS$209juta setiap kilometer), begitu juga dengan
projek rel di Barcelona dengan kos AS$8.12 bilion untuk 48 kilometer
atau USD170juta setiap kilometer.
"Bagi ECRL, USD19 juta-RM80juta untuk setiap kilometer. Kos
keseluruhan projek bernilai RM55 bilion juga meibatkan pembinaan
terowong sepanjang 50 kilometer merentasi banjaran Titiwangsa dan
jambatan keseluruhan pada jarak 110 kilometer," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman menjelaskan Malaysia Rail
Link Sdn. Bhd (MRLS) syarikat RM2 yang bertanggungjawab ke atas projek
ECRL ialah dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan bagi
menguruskan projek berskala besar.
"Ya, ia (MRLS) mempunyai modal RM2 tetapi dimiliki oleh Kementerian
Kewangan seperti mana dilakukan untuk Projek Keretapi laju KL-Singapura
dan ia bukan satu masalah," tegasnya.
Projek ECRL tidak dibentang di Parlimen berikutan bukan satu
keperluan dan hanya dirujuk ke Kabinet dan Majlis Ekonomi Negara menjadi
pembuat keputusan dalam hal ini.
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli semalam mempertikaikan
pengendalian projek oleh syarikat MRLS dengan modal RM2 itu. -
MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment