SIBU: Polis memberkas pengendali laman sosial Facebook 'Sarawak Keluar Malaysia 2021', di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar dalam
kenyataannya berkata tangkapan dilakukan pada pada 2.40 petang dan
siasatan terhadap pengendali laman berusia 48 tahun itu dijalankan
mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia.
Menurut beliau, sehingga semalam sebanyak 13 laporan dibuat terhadap laman tersebut dengan laporan terbaru diterima di Mukah.
Sebelum ini laman tersebut menyatakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan
Satem menyalahkan kerajaan persekutuan dan Umno kerana beberapa dasar
yang menjejaskan negara dan mengancam mahu membawa Sarawak keluar dari
Malaysia.
Bagaimanapun pada Isnin lalu pejabat Adenan mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan laman itu.
No comments:
Post a Comment