SELANGOR KINI
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding
dolar AS pagi ini di tengah-tengah kebimbangan dan ketidaktentuan
berterusan berhubung pilihan raya presiden AS lewat hari ini.
Pada 9.29 pagi, ringgit disebut pada 4.2100/2150 berbanding dolar AS daripada 4.2070/2120 Isnin, lapor BERNAMA.
Bagaimanapun, pedagang berkata ketidaktentuan diimbangi kenaikan
harga Brent yang berada pada AS$46.30 satu pada pembukaan.
Laporan juga menyebut calon presiden Demokrat Hillary Clinton tidak
akan didakwa berhubung tuduhan jenayah berkaitan siasatan terhadap e-mel
peribadi beliau, dan ini memberikan kelebihan kepada beliau berbanding
pesaing Republikan Donald Trump.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama
dunia. Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0244/0291
daripada 3.0260/0307 dan lemah berbanding yen kepada 4.0291/0350
daripada 4.0243/0302.
Ia susut berbanding pound British kepada 5.2166/2241 daripada
5.2146/2212, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 4.6457/6521 daripada
4.6525/6593.EZY
No comments:
Post a Comment