DETIK DAILY
Sambil
menyarung kemeja-T BERSIH5, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad muncul dalam apa yang percayai sebagai video promosi kempen
perhimpunan BERSIH pada Sabtu ini.
Dalam mesej video sepanjang 1 minit 37 saat itu, Mahathir menggesa rakyat supaya turun ke jalanan beramai-ramai.
"Malaysia
sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana
Menteri) Najib (Razak) telah menyebabkan negara berhutang
berbilion-bilion ringgit yang tidak dapat dibayar oleh kerajaan dan
negeri.
"Sebab itu kita mesti menunjukkan perasaan tidak puas
hati kita kepada kerajaan melalui penyertaan dalam demonstrasi BERSIH
di Dataran Merdeka dan juga tempat-tempat lain," kata Mahathir.
"Saya
harap semua rakyat Malaysia akan menyertai demonstrasi BERSIH ini
kerana mereka bertujuan untuk mecari jalan memulihkan semula negara
kita ini dengan menukar kerajaan supaya dapat kerajaan yang tidak
dipimpin oleh seseorang yang telah melesapkan wang begitu banyak, yang
telah dituduh oleh seluruh dunia.
“Inilah harapan saya dan saya
harap rakyat Malaysia akan memberi sokongan penuh dan mengambil
bahagian dalam tunjuk perasaan BERSIH,” katanya dalam video yang
dikongsi oleh ADUN Teja Chang Lih Kang di Facebook beliau.
Mahathir
membuat penampilan ringkas semasa perhimpunan BERSIH4 pada Ogos tahun
lalu. Ketika itu beliau masih bersama Umno tetapi sudah dilabelkan
sebagai pengkritik paling lantang berhubung skandal 1MDB dan
kepemimpinan Najib.
Himpunan ketika itu diadakan bagi mendesak Najib disingkirkan atas dakwaan terpalit dengan 1MDB.-mkini
No comments:
Post a Comment