JOHOR BAHRU: Lapan badan
bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap bekas
pendebat kebangsaan, Syed Saddiq Abdul Rahman (gambar) susulan surat
terbuka terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar, yang disifatkan biadap.
Pengerusi Bazar Johor Bahru yang juga merupakan Persatuan Peniaga Pasar
Karat, Mohammad Salezan Mohd Salleh berkata, tindakan Syed Saddiq yang
mempersoalkan pengharaman demonstrasi jalanan di negeri itu seolah-olah
dia cuba menentang perintah Sultan Ibrahim.
"Dia cuba untuk mengajar Tuanku (Sultan Johor) tentang undang-undang
negara dan menentang titah baginda yang melarang Bangsa Johor untuk
tidak mengambil bahagian dalam mana-mana demonstrasi jalanan.
"Sebelum mempersoalkan titah tuanku, Syed Saddiq pertama sekali perlu
belajar dan memahami konsep Bangsa Johor," katanya kepada pemberita
ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Polis Johor Baru, di sini, pada
Sabtu.
Syed Saddiq sebelum ini melalui laman sosial Facebooknya mengeluarkan
surat terbuka kepada Sultan Ibrahim, menyatakan pandangan beliau tentang
demonstrasi jalanan selepas baginda melarang perhimpunan haram di
negeri itu.
No comments:
Post a Comment