Thursday, November 10, 2016

Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah ‘Dicerca’ Murtad

 THE MALAYSIAN MIRROR

PENYANYI berbakat besar, Faizal Tahir menyatakan dia tidak kisah sekiranya terdapat mana-mana pihak ‘mencercanya’ murtad hanya kerana reka bentuk kulit album terbaharunya.

Ini kerana ada sesetengah pihak memberikan komen kulit album terbaharunya, Anatomi seolah-olah menyerupai simbol kepercayaan agama tertentu.

Dipetik Malay Mail Online, Faizal berkata, “Ada yang kata macam bentuk iluminati dan freemason. Saya pun tak tahu macam mana mereka melihat.”

“Ada juga yang kata macam salib. Ada yang kata saya dah murtad. Apa jua mereka kata, saya alu-alukan, saya tiada masalah. Saya tahu apa yang saya buat,” katanya.

Kerana Kulit Album, FT Tak Kisah 'Dicerca' Murtad

Faizal turut menjelaskan kulit albumnya itu kebanyakannya memaparkan imej yang banyak berkisar dengan kehidupan peribadinya.

“Kulit album ini menunjukkan lagu di dalamnya. Ia juga menunjukkan benda yang sangat rapat dengan kejadian saya dan memberi kesan dalam hidup saya.

“Seperti kuda mewakili tahun saya dilahirkan. Kuda juga haiwan kesukaan saya dari kecil. Warna hitam dan putih itu mewakili kehidupan.

“Sayap melambangkan burung mitos Liverpool kerana saya penyokong tegarnya. Saya rasa kebangkitan Liverpool akan bermula,” katanya lagi.

Selain itu, mengenai dirinya yang tidak mengenakan baju dalam kulit album itu, Faizal mengatakan ia bukanlah satu masalah besar buat dirinya.

“Saya dah buat seperti ini sebelumnya. Bukan perkara baru dan tidak mengejutkan.

“Jika ada yang mengatakan aurat, penyanyi perempuan yang tak pakai tudung, tak ada pula yang berkata aurat.

“Bila kita keluarkan benda macam ini, kita boleh bezakan orang yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan melihat sesuatu secara positif,” ujar bapa kepada lima cahaya mata ini lagi.
Anatomi yang sudah mula dipasarkan sejak minggu lalu mengandungi tujuh buah lagu iaitu Assalamualaikum, Sayang, Sejati, Setia, Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

 

No comments: