shahbudindotcom
Kali
ini macai dan pendedak Najib Razak tentu tambah pening kepala kerana
sementara perbicaraan di Singapura mula mendedahkan banyak perkara,
termasuk secara rasmi menamakan Jho Low untuk disiasat sama, pejabat
Peguam Negara Malaysia pula dilaporkan menolak bantuan kerjasama MLA
yang dipohon oleh pihak berkuasa Switzerland untuk meneruskan
penyiasatan mereka berkaitan 1MDB.
Ini
adalah penolakan kali kedua oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia yang
diketuai oleh Apandi Ali terhadap permohonan Pejabat Peguam Negara
Switzerland.
Penolakan itu didedahkan oleh Peguam Negar Switzerland, Michael Lauber kepada Financial Times.
MLA
atau Bantuan Perundangan Bersama adalah kerjasama antara negara untuk
mendapatkan maklumat dan dokumen tertentu berkaitan sesuatu kes yang
sedang disiasat. Dalam kes 1MDB, penyiasatan yang sedang dilakukan oleh
pihak berkuasa Switzerland adalah berkaitan rasuah dan penggubahan wang
haram bernilai berbilion-bilion ringgit.
Kenapa
permohonan MLA itu ditolak? Jika benar 1MDB suci lagi bersih dan tiada
sebarang kesalahan dilakukan, kenapa takut untuk saling bekerjasama
dengan pihak luar yang berusaha mencari kebenaran?
Apakah
hanya Switzerland saja yang mahukan kepada kebenaran, sedangkan kita
sebagai negara Islam cuba menutup kebenaran yang sama?
Bukankah kebenaran sepatutnya adalah sama saja di mana-mana pelusuk dunia?
Lagi
pun, tidakkah Najib Razak sendiri, selain berulangkali menafikan salah
laku dalam 1MDB, turut pernah berjanji sebelum ini untuk memberi
sebarang kerjasama kepada mana-mana penyiasatan antarabangsa berkaitan
dengannya?
Sekarang, apa sudah jadi beb? Kenapa janji tinggal janji?
Apa
lagi hujah yang mahu dipakai oleh macai dan pendedak, termasuk mereka
yang terus menjelajah berjumpa pelajar di luar negara untuk "goreng"
lagi tentang 1MDB jika memberi kerjasama untuk menyiasat pun Peguam
Negara tiada keberaniannya?
Sudah
tentu makcik Felda pun mudah faham kali ini. Kalau benar tidak bersalah
dan tiada apa-apa yang cuba dilindungi, apa yang ditakuti sangat
sekadar memberi kerjasama?
Contoh
mudahnya, kalau dalam rumah kita tiada barang curi dan kita juga bukan
pencuri, tentu tiada sebab bagi kita untuk menghalang pihak polis untuk
melakukan pemeriksaan.
Sebelum
ini, Apandi Ali pernah menolak dua kali permohonan MLA yang dipinta
oleh SPRM ketika diketuai oleh Abu Kassim untuk menyiasat Najib
berkaitan 1MDB, SRC International dan wang RM2,600 juta yang
diterimanya, sebaliknya mengarahkan penyiasatan ditutup.
MLA yang dipohon oleh Switzerland ini juga ditolak sebanyak dua kali oleh Peguam Negara kita.
Bermakna, menolak MLA bukan perkara luar biasa bagi Apandi.
Bagaimanapun
Lauber berkata, penolakan MLA itu tidak menjejaskan penyiasatan mereka
dan akan berusaha mendapatkan maklumat melalui negara-negara lain
seperti Singapura, Amerika Syarikat dan lain-lain negara Eropah yang
sudah bekerjasama baik dengan mereka selama ini.
Apa
yang pasti, prosiding jenayah kami untuk mengekalkan intergriti sistem
kewangan Swiss akan tetap diteruskan, tambah beliau lagi.
Tidakkah semua ini sebenarnya memalu dan menghodohkan lagi wajah negara kita di mata dunia?
Sudahlah
kita tidak melakukan penyiasatan dengan sempurna dan cuba tutup sana
tutup sini berkaitan 1MDB, tetapi dalam masa yang sama enggan pula
memberi kerjasama yang dipinta oleh negara lain.
No comments:
Post a Comment