Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan BERSIH5 adalah jalan terakhir bagi rakyat untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan keadaan di negara hari ini.
"Bukan sahaja ia (BERSIH5) tidak haram, tetapi menjadi penting kerana lain-lain saluran telah ditutup oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak," katanya dalam video dua bahagian yang telah disebarkan di media sosial.
Beliau juga menjelaskan bahawa perhimpunan itu tidak haram kerana demonstrasi sering diadakan untuk menyingkirkan pemimpin di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi.
Contoh terbaru, katanya, seorang pemimpin disingkirkan melalui cara demonstrasi itu adalah bekas Presiden Brazil Dilma Rousseff.
Himpunan BERSIH5 esok itu diadakan untuk memberi tekanan kepada Najib supaya meletak jawatan berikutan terpalit dengan skandal kewangan yang melibatkan 1MDB, cetusan idea perdana menteri.
No comments:
Post a Comment