KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 diluluskan di peringkat dasar di Dewan Rakyat, malam tadi.
Seramai 117 ahli parlimen menyokong manakala 70 lagi menentang dan 11
lagi tidak mengundi apabila undian belah bahagian diadakan.
"Keputusan belah bahagian adalah seperti berikut, yang tidak mengundi
11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali
kedua, 70 orang, yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang dibacakan kali
kedua, 117 orang," kata Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Semua sebelas ahli parlimen yang berkecuali itu adalah dari PAS.
No comments:
Post a Comment