GEORGETOWN: Banjir kilat terus membelenggu penduduk di kebanyakan
kawasan di bandar raya ini berikutan hujan berterusan sejak jam 12
tengah malam tadi.
Antara kawasan yang dilanda banjir kilat ialah Jalan P Ramlee, Kampung
Dodol di Jalan Perak dan Kampung Makam di Datuk Keramat di sini, dengan
masing-masing mencatat kenaikan paras air kira-kira 0.3 meter.
Difahamkan, air di kawasan berkenaan mula naik kira-kira jam 2 pagi sebelum surut sepenuhnya jam 5 pagi tadi.
Tiada arahan mengaktifkan pusat pemindahan dikeluarkan bagi mangsa kejadian berkenaan.
Memetik laporan BH Online, kebanyakan penduduk di kawasan terjejas
sudah mula melakukan aktiviti membersihkan kawasan rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment