DETIK DAILY
Kita
digemparkan dengan berita tahanan Kapal Zaytouna-Oliva yang membawa
13 wanita ahli misi Women`s Boat To Gaza (WBG) oleh Tentera Israel
sekitar Jam 9.58 malam (waktu Malaysia) pada 5 Oktober .
Kapal
tersebut dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju Pelabuhan
Ashdod menurut sumber berita daripada Page Rose To Rose.
"Misi
ini adalah sekecil usaha ke arah pembebasan Palestin dan kita mahu
wanita dan kanak-kanak di Palestin merasakan dunia ini cakna pada nasib
mereka"
Inilah kata-kata dari satu-satunya wanita Malaysia yang
menyertai misi ini, Dr Fauziah Bt Hj Hassan ketika saya mengadakan
pertemuan dengannya pada tarikh 6 September 2016 di Hospital Ampang
Puteri.
Gaza merupakan penjara terbesar yang menempatkan hampir 2
juta manusia yang terkepung, disekat dari keluar masuk dan mereka
hidup dengan penuh kesengsaraan yang mana rumah, sekolah, hospital dan
sebagainya dibom oleh Israel.
Perjuangan membebaskan bumi
Palestin ini adalah tanggungjawab kita semua. Kerana 3 perkara.
Pertama, kerana atas dasar kemanusiaan, kedua kerana mereka adalah
saudara seislam kita dan ketiga kerana bumi Palestin yang terletaknya
Masjid AlAqsa yang merupakan kiblat pertama umat islam.
Misi
Womens Boat To Gaza yang disertai oleh 13 orang wanita ini cukup
berjaya membuka mata masyarakat dunia bahawa perjuangan membebaskan
Palestin masih belum selesai.
Penulis
Nik Fatma Amirah dan Dr Fauziah HassanKita sedia maklum, misi Womens
Boat To Gaza mengetengahkan objektif yang cukup besar iaitu
menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.
Seterusnya,
tujuan penganjuran misi keamanan ini adalah untuk memberi kesedaran
kepada masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus
dikembalikan disamping menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin
terutamanya wanita dan kanak-kanak dan perjuangan membebaskan bumi
Palestin dari cengkaman Zionis merupakan usaha bersama seluruh dunia.
Kapal
Zaytouna-Oliva membelah lautan selama hampir 20 hari, membawa misi
kemanusiaan, keamanan, cinta dan kedamaian, lalu berakhir dengan
tahanan oleh Zionis pengecut!
Oleh itu, saya menyeru kepada semua pimpinan daripada semua Parti Politik dan NGO di Malaysia supaya:
1- Mengutuk dan mengecam tindakan Israel terhadap 13 orang ahli misi Womens Boat To Gaza sebagai tindakan penakut
2- Mendesak supaya tawanan dibebaskan segera dan diberikan pelepasan untuk menjayakan misi pelayaran
3- Mengecam Israel kerana mengancam keamanan
4- Pembayaran pampasan kos ganti rugi kerana mengancam semua rakyat yang terlibat.
#IsraelPengecut
#shameonyouIsrael
No comments:
Post a Comment