MALAYSIAKINI
Kumpulan pejuang pembaharuan, Centre For A Better Tomorrow (Cenbet)
mahu tindakan keras diambil terhadap mereka yang membuat laporan polis
‘main-main’ dengan agenda politik dan bukannya atas sebab-sebab
munasabah sehingga membazirkan sumber polis.
"Polis
perlu bertindak terhadap mereka yang membuat laporan berdasarkan alasan
rapuh semata-mata untuk mencapai matlamat politik.
Ini adalah untuk
membendung peningkatan trend laporan polis digunakan untuk
segala-galanya tetapi bukan untuk mengesan penjenayah atau pencegahan
jenayah.
"Mereka yang membuat laporan ‘main-main’ dan bermotifkan politik ini
berbuat demikian dengan mengorbankan wang dan sumber pembayar cukai.
Sedangkan, polis terpaksa bertungkus lumus memerangi jenayah," kata Naib
Presiden, Cenbet, Ng Yeen Seen.
Katanya, laporan polis ‘main-main’ itu hanya berdasarkan "maklumat"
yang membentang imaginasi seseorang adalah sama seperti tidak
menghormati penguat kuasa undang-undang.
"Mereka tidak boleh dianggap sebagai alat politik untuk
menakut-nakutkan dan melemahkan lawan politik seseorang," hujahnya,
sambil menambah bahawa mengheret polis dalam sandiwara politik adalah
satu penghinaan kepada institusi awam yang penting, dan juga kepada Yang
di-Pertuan Agong.
Menurutnya, sejak akhir-akhir ini ratusan laporan kontroversi dibuat,
daripada dakwaan sebuah gabungan NGO diresapi oleh kumpulan pengganas
IS, komplot tiga Tan Sri yang mahu menggulingkan kerajaan dan dakwaan
ketidakadilan pemberian pencen kepada pemenang pingat Olimpik.
Ng
turut menamakan presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia
(MJMM) Abdul Rani Kulup yang membuat ratusan laporan polis.
Sebagai contoh laporan yang tidak diperlukan itu, katanya adalah
tindakan Abdul Rani yang meminta kerajaan mengharamkan permainan mudah
alih Pokemon Go di Malaysia.
"Di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati bersalah
membuat laporan polis berdasarkan maklumat palsu boleh dikenakan hukuman
penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau
kedua-duanya,” katanya.
No comments:
Post a Comment