MALAYSIAKINI
LIHAT VIDEO DI SINI
BN Johor telah kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan
Negeri (DUN) selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Datuk
Shahruddin Salleh meninggalkan Umno.
Ini merupakan kali pertama kubu kuat Umno itu ditadbir tanpa majoriti
dua pertiga, kata Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan.
"Komposisi ADUN di Dewan Undangan Negeri Johor kini berubah selepas
kenyataan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri
Muhyiddn Yassin semalam mengenai pelantikan Datuk Sharuddin sebagai
setiausaha agung," katanya dalam satu kenyataan hari inI.
Katanya, ekoran penyertaan bekas naib ketua Umno Pagoh itu dalam
BERSATU, berdasarkan perlembagaan Umno, keahlian beliau dalam parti itu
secara automatik telah gugur.
"Ini bermakna ADUN dari BN Johor telah berkurang dari 38 kepada 37,
manakala barisan pembangkang bertambah dari 18 kepada 19 ADUN di Johor,"
katanya.
Implikasi utamanya ialah BN tidak lagi boleh meminda undang-undang Johor.
Beliau menjangkakan akan ada beberapa lagi ADUN Johor daripada Umno
yang akan turut meninggalkan parti itu sebelum pembubaran DUN.
Sementara itu, beliau turut mengalu-alukan Shahruddin
menyertai pembangkang, dan berkata beliau berharap mereka dapat
bersama-sama mengembleng tenaga untuk menewaskan Umno/BN dalam pilihan
raya umum akan datang.
No comments:
Post a Comment