shahbudindotcom
Melihat
kepada beberapa kejadian ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah
untuk menghalang perjalanan atau konvoi Bersih 5 di beberapa tempat hari
ini sebagaimana yang tersebar dengan meluas di media-media sosial, ia
pasti membuatkan kita geleng kepala dengannya.
Apa sudah jadi sebenarnya dengan keghairahan berpolitik di negara kita?
Kenapa
perlu sampai dihalang perjalanan atau konvoi program jelajah Bersih 5
dengan tindakan ganas dan ala samseng seperti itu sedangkan tujuan
mereka semata-mata untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai
pilihanraya yang adil dan bersih?
Mengapa tidak diserahkan sepenuhnya soal keselamatan dan ketenteraman awam kepada pihak polis untuk menanganinya?
Pernahkah
kita menonton filem Barat, Tamil atau Hindustan berkaitan tindakan
ganas dan ala samseng seperti yang ditunjukkan oleh Gerakan Baju Merah
itu?
Jika
kita pernah menontonnya, kita tentu menyedari bahawa dalam semua
kejadian ganas dan ala samseng yang dipertontonkan itu, ia hanya
dilakukan oleh penyokong-penyokong kepada pemimpin atau ketua yang
korup dan makan duit rakyat saja.
Mereka
terpaksa melakukannya untuk menghalang rakyat bersuara dan bangkit
menyatakan kebenaran. Mereka tidak melakukannya untuk menyelamatkan
negara atau bertujuan memberi kesejahteraan kepada rakyat, tetapi
semata-mata kerana diupah agar pemimpin atau ketua yang korup itu terus
kekal berkuasa.
Tidak
seperti di negara-negara maju, demonstrasi atau perhimpunan aman adalah
perkara biasa dan dibenarkan mengikut undang-undang. Tidak pernah
kumpulan masyarakat yang mengadakan perhimpunan di tempat awam menerima
gangguan secara ganas, ala samseng, disepak dan diterajang oleh
penyokong kepada pemimpin yang sedang berkuasa.
Pemimpin
yang menghormati hak rakyat serta tidak korup, tidak ada sebab untuk
membenarkan para penyokongnya bertindak ganas, ala samseng, menyepak dan
menerajang orang lain dengan sesuka hati.
Akhirnya,
tindakan ganas dan ala samseng oleh Gerakan Baju Merah itu, yang
berlaku di sebuah negara yang mahu mencapai status negara maju pada
tahun 2020, sebenarnya hanya menyerlahkan lagi jenis pemimpin yang kita
ada. Tidak pernah kita ada jenis pemimpin sebegini sebelum ini.
No comments:
Post a Comment