Beliau juga melahirkan harapan agar isu-isu politik dan ekonomi yang berlaku di negara ini juga akan diselesaikan.
KUALA LUMPUR: Tahun Baru Cina pada tahun ini diharap dapat membawa kembali sokongan orang Cina terhadap pihak kerajaan sekaligus menyelesaikan semua isu politik dan ekonomi yang menyelubungi negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan Tahun Baru Cina MCA yang diadakan di bangunan MCA, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansur.
“Dalam masa yang sama, saya berharap masyarakat Cina akan kembali semula untuk bersama-sama dengan kerajaan,” katanya sebelum meninggalkan bangunan itu.
Walaupun tidak menyatakan sebarang peristiwa secara khusus berkaitan dengan kenyataan beliau, ia dipercayai merujuk kepada Tsunami Cina, apabila masyarakat Cina di negara ini didakwa telah mengundi menentang kerajaan dalam 13 pilihan raya umum lalu (PRU13)
No comments:
Post a Comment