Thursday, February 25, 2016

Waris MH370 digesa kemuka tuntutan sebelum 8 Mac

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Malaysian Airlines System Bhd (MAS) menggesa semua waris tragedi MH370 mengemukakan tuntutan mereka sebelum 8 Mac ini bagi mengekalkan hak perundangan mereka. 
 
"Bagi memastikan mereka yang terbabit mengambil tindakan yang diperlukan untuk mengekalkan hak perundangan masing-masing, syarikat ini beberapa kali memaklumkan kepada waris mengenai had tempoh dua tahun mengikut Konvensyen Montreal, yang bererti bagi MH370, ia tamat pada 8 Mac ini," kata MAS dalam kenyataan hari ini. 
 
Kenyataan itu menyebut syarikat berkenaan komited bersama waris terbabit bagi memastikan pampasan yang adil dan saksama. 
 
"MAS mempunyai perlindungan insurans bagi memenuhi tanggungjawab membayar pampasan kepada waris seperti yang terkandung dalam konvensyen antarabangsa dan undang-undang yang berkenaan," kata kenyataan itu.
 
Syarikat itu juga berkata, hingga kini Pentadbiran MAS sudah memenuhi 96 permohonan daripada MH370 untuk memulakan prosiding perundangan. 
 
"Tiada permohonan yang ditolak. Sebagai tambahan, 42 waris sudah menerima pampasan penuh," kata MAS. 
 
Penerbangan MH370 hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. - BERNAMA
 
 

No comments: