Oleh : NAEEM RAFFI
SHAH ALAM : Pemilik akaun facebook Abdullah Suady Ramadhan tidak menyangka perkongsian pengalaman hidupnya sebagai buruh kasar menjadi viral di media sosial.
Malah, beliau berterima kasih kepada mereka yang menyokong dan bersama berkongsi pengalaman bahawa anak muda Malaysia tidaklah seteruk sangkaan pihak tertentu.
“Setahun aku menjadi buruh kasar ( Plumbing & Sanitary ) , panjat bumbung tingkat lima tanpa safety suit .. masuk keluar manhole , main simen , buat kerja tengah panas , dah gelap bertambah legam !! gaji ciput , sehari kasar kasar dlm RM30.
“Memikirkan duit pada keluarga & makan minum tapi aku tidak kisah kerana ketika umur sebesar itu aku hanya perlukan pengalaman .. aku pernah duduk lepak makan dengan buruh bangladesh dan vietnam.
Makan di kantin buruh indonesia di kawasan setinggan. Semua itu pengalaman yang sangat berharga,” katanya dalam satu entry yang dimuat naik 10 jam lalu.
Menurutnya, anak muda tempatan juga mampu memegang peranan besar seperti mana 1.5 juta warga Bangladesh yang bakal di bawa masuk mengisi keperluan kerja dalam sektor ‘3D’ iaitu kotor, sukar dan berbahaya (Dirty, Difficult, Dangerous) yang pada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ia tidak digemari belia tempatan.
Namun, katanya sektor pembinaan yang tidak dilengkapi nilai ihsan dalam urus tadbirnya membuatkan anak muda tempatan memilih sektor lain yang lebih berkebajikan.
“Apabila timbul isu adakah belia Malaysia mampu bekerja seperti buruh Bangladesh dan Indonesia. Jawapan aku YA ! Jika sektor pembinaan kita ada nilai ihsan dalam urus tadbirnya.
“Mudah amek bangladesh kerana tidak perlu fikir tempat tinggal selesa…campur serumah 20-30 orang mereka sanggup tidak seperti melayu.
melayu ‘demand’ untuk potongan KWSP, elaun itu dan ini. semua tuntutan ini merugikan syarikat besar,” katanya.
Mengakhiri statusnya itu, Abdullah meninggalkan pesan berbunyi “CEO CEO di Jepun relex je naik bas @ train pi kerja.. CEO Malaysia dok fikir mcm mana nak perah tenaga bangladesh,”.
-nR-

No comments:
Post a Comment