Oleh Khairil Ashraf and Arfa Yunus
Peletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar bukanlah merupakan gugurnya seorang pemimpin harapan negara sebaliknya, ia meraikan kelahiran baru seorang pejuang sebenar di bumi Malaysia.
Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin menyatakan, sebelum ini dia samar-samar tentang masa depan Mukhriz di dalam parti itu tetapi hari ini beliau yakin sepenuh hati bahwa Allah telah mengaturkan laluan kepada anak bekas Perdana Menteri itu untuk menjadi seorang pemimpin negara.
“Kejadian hari ini adalah petanda kelahiran seorang pemimpin besar. Tiada pemimpin agung yang lahir dengan laluan mudah. Semua orang boleh menjadi pemimpin, tetapi bukan semuanya layak menjadi negarawan.
“Saya tidak sama sekali mahu mengucapkan kesedihan mahupun ucapan. Semoga Mukhriz Tun Mahathir terus tabah kerana beliau sememangnya langsung tidak bersedih untuk dirinya tetapi saya tahu semangatnya sedang berapi untuk rakyat Kedah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar melahirkan kesedihannya terhadap penyingkiran Mukhriz hari ini dan mengakui bahawa bekas Menteri Besar itu tidak mempunyai pilihan lain selain berundur.
“Saya sangat sedih dengan apa yang berlaku. Kenapa mereka mahu menyingkirkan Mukhriz? Ini sudah jelas ia merupakan satu konspirasi daripada Putrajaya, bermula daripada sidang media dua minggu lalu yang melibatkan Ketua Bahagian UMNO,” katanya ketika dihubungi FMT.
Mengulas lanjut, dalam hal berkaitan Mukhriz ini dakwa Mahfuz, orang yang sepatutnya dipersalahkan adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kegagalannya menangani isu-isu semasa yang melanda negara seperti ekonomi yang kini semakin tenat dan kos sara hidup yang tinggi.
“Penyingkiran Mukhriz tidak akan selesaikan semua masalah ini kerana semua masalah itu datangnya daripada Najib,” dakwanya.~http://www.freemalaysiatoday.com
No comments:
Post a Comment