KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan
(Exco) yang baharu.
Menteri Pelajaran,Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Bashah mempunyai
kuasa penuh sama ada mahu memilih Exco baharu atau mengekalkan yang lama
untuk mentadbir negeri Kedah di bawah kepimpinanya.
Beliau yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah menegaskan,
pihak lain tidak berhak mencampuri urusan pelantikkan Exco baharu jika
ada.
“Bila seseorang itu menjadi Menteri Besar, dia (Bashah) berkuasa untuk
melantik, oleh kerana dia masih baru dan kita beri peluang padanya,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Tahunan
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) kali ke-6 di sini, malam
tadi.
Sebelum ini, Ahmad Bashah dilaporkan berhasrat mengekalkan kesemua
sembilan Exco di bawah pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Namun beliau dikatakan menerima tekanan daripada penyokongnya supaya membuat perubahan barisan Exco dengan melantik muka baru.
Semalam Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Exco Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah Isnin ini.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk
Ahmad Lebai Sudin; ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Hussain; ADUN Pantai
Merdeka, Ali Yahaya dan ADUN Pedu, Kama Noriah Ibrahim disebut-sebut
sebagai antara nama mengisi senarai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu.
No comments:
Post a Comment