A AZIM IDRIS
Ketua Penerangan Umno,
Tan Sri Annuar Musa berkata Mukhriz langkah tersebut dianggap betul dari
segi amalan dan mengambil tanggungjawab terhadap kemelut politik yang
berlaku di negeri itu. - Foto TRP
KUALA LUMPUR, Datuk Seri Mukhriz Mahathir melakukan satu langkah yang mulia dengan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar
Musa berkata Mukhriz langkah tersebut dianggap betul dari segi amalan
dan mengambil tanggungjawab terhadap kemelut politik yang berlaku di
negeri itu.
“Jawatan ini dibuat berdasarkan lantikan oleh kepimpinan parti dan juga berdasarkan kepada sokongan mereka.
“Kepimpinan Umno juga mengambil kira
keberkesanan pemimpin yang berkenaan dan telah mendapat maklum balas
yang diperlukan, jadi proses (untuk singkir Mukhriz) ditentukan oleh
perlembagaan parti,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini.
Krisis politik Kedah yang berakhir pagi
tadi terjawab apabila Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai
Menteri Besar berkuat kuasa serta merta.
Mukhriz berkata keputusan itu dibuat selepas beliau kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah,
dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-12 Kedah esok
selepas Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenankan pelantikannya.
Annuar berkata Mukhriz juga telah membuat pengorbanan demi kebaikan parti itu di negeri ini.
“Mungkin apa yang Mukhriz hadapi adalah
ujian yang ditentukan oleh Qada dan Qadar, dan langkah itu dibuat
selepas mengambil kira banyak faktor,” kata Annuar, sambil menambah
Mukhriz menunjukkan keberanian dalam menghadapi pengalaman pahit itu.
No comments:
Post a Comment