Selasa, 12 Mei 2015

Zam jangan jadi batu api

 FMT Reporters

Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.

zam batu api



PETALING JAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin diminta menghentikan tulisan yang memecah belahkan parti.

Desakan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Katanya, dalam artikel yang ditulisnya, ada sahaja ayat yang menguji kesabaran UMNO.

“Kepada Pak Cik Zam, gunakanlah pengalaman untuk perkuatkan ukhwah dalam UMNO. Kongsikanlah ilmu yang baik untuk digunakan ke jalan yang benar. Tak perlu menulis untuk terus menerus menghuru-harakan UMNO”, nasihatnya.

Jelas Razlan, apa yang ditulis Zainuddin atau lebih dikenali dengan Zam bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini, di mana beliau satu ketika pernah berjanji untuk berhenti menulis mengenai politik semasa.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia didakwanya memungkiri janji dan kembali meneruskan hobinya dengan menulis artikel berkaitan

Tiada ulasan: