Selasa, 12 Mei 2015

Kadir: Najib akan sekat pencabar

MALAYSIAKINI


 


Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menjangka, Datuk Seri Najib Razak akan menangguhkan pemilihan Umno pada tahun depan bagi mengelakkan jawatan presiden parti dicabar.

“Usaha pastinya akan dijalankan untuk tidak mengadakan pemilihan atau menghalang beliau daripada dicabar,” kata Kadir di blog kadirjasin.blogspot.com

Menurutnya, pemilihan itu akan menjadi medan untuk mengukur kekuatan sebenar Najib dalam Umno, selepas memenangi pilihan raya umum 2013.

“Ujian sebenar selepas itu akan berlangsung dalam pilihan raya umum pada 2017 atau seawal 2018,” kata Kadir.

Ia akan menilai kekuatan sebenar Najib, yang “bersumpah” untuk tidak meletak jawatan selagi mendapat sokongan, katanya.




Tiada ulasan: