MALAYSIAKINI
Sebelum ini portal berita dianggap pemerhati sebagai kuasa baru yang
mempengaruhi landskap industri media, di samping media arus perdana
sedia ada.
Bagaimanapun, suasana mula berubah dengan bercambahnya pelbagai media
baru yang bergerak dan menggunakan pendekatan yang jauh berbeza dengan
kaedah tradisional pemberitaan.
Justeru, sempena sambutan hari kebebasan media yang jatuh 3 Mei lalu,
sebuah kumpulan wartawan mengambil inisiatif untuk membincangkan perkara
itu.
Dilangsungkan di Malaysiakini pada 16 Mei ini, jam 2 petang,
Gerakan Media Marah (GERAMM) menganjurkan forum berjudul “Portal
'hipster' kuasa baru media ” di pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.
Acara itu disokong oleh portal berita ini dan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Ia membariskan editor kanan pelbagai media, tradisional dan bukan,
termasuk Noor Azam Shairi (Astro Awani), Terence Fernandez (The Edge),
Chak (Cilisos) serta kolumnis Hafidz Baharom.
Acara itu sebahagian daripada pesta seharian mereka bermula jam 2 petang
hingga 10 malam, yang membariskan pelbagai lagi acara termasuk tayangan
filem aksi thriller berunsur politik The Company You Keep dan jualan
buku serta samizat indie.
Selain itu, turut akan dibincangkan berkaitan fenomena pengharaman buku
di Malaysia yang membariskan guru agama Wan Ji Wan Hussin, penerbit buku
indie Zul Fikri Zamir serta pengarang muda Benz Ali.
“Sebagai acara ulung ini, kami berharap acara ini dapat mengeratkan lagi
hubungan antara media sesama media, dan juga antara media dengan
masyarakat,” kata GERAMM dalam kenyataannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan