Rabu, 13 Mei 2015

Polis rakam kenyataan gadis dakwa diugut rogol

MALAYSIAKINI


 


Seorang wanita yang mendakwa diugut untuk dirogol oleh polis ketika disoal siasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi tampil memberi keterangan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur (IPKL) hari ini.

Maisara Amira, 21, hadir bersama peguamnya, Michelle Yesudas pada jam 12 tengah ini  dan kini sedang disiasat.

Maisara memberitahu Malaysiakini, beliau hadir ke IPKL setelah menerima panggilan telefon daripada pihak polis untuk berbuat demikian.

Semalam, Maisara dalam sidang media mendakwa dia dua kali diugut rogol oleh polis ketika disoal siasat kerana menyertai himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 Mei lalu.

Beliau sebelum ini mengesyaki polis yang mengugutnya itu adalah anggota dari Cawangan Khas (SB) kerana lelaki itu tidak berpakaian seragam dan tiada tanda nama pada bajunya.

Tambahnya, kejadian itu membawa trauma kepadanya menyebabkan dia sentiasa berasa tidak selamat.

"Saya rasa hak saya sebagai wanita perlu dipertahankan dan diambil perhatian,” katanya. 


 



Tiada ulasan: