MALAYSIAKINI
Sebuah pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menuju ke
Colombo, Sri Lanka, berpatah balik selepas berpusing-pusing di perairan
selat Melaka selama dua jam.
Menurut sebuah laman penjejak penerbangan, pesawat MH179 itu terbang
dengan membuat bulatan di perairan barat Pulau Ketam sejam jam 11.30
malam.
Dalam twitter Flightradar24 pada jam 1.30 pagi menyebut, pesawat itu
sedang berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas dua jam membakar bahan api
untuk mengurangkan berat sewaktu mendarat.
Pesawat berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 20 minit kemudian.
Tidak dapat dipastikan punca pesawat itu berpatah balik. [Baca berita asal]
Sementara itu, dalam satu kenyataan, MAS berkata langkah pesawat
tersebut berpatah balik ke KLIA kerana terdapat seorang penumpang mabuk
mencetuskan gangguan.
"Penumpang mabuk mula menganggu anak-anak kapal Malaysia Airlines sejurus selepas penerbangan itu berada udara.
"Oleh kerana saiz badannya besar, penumpang lain lain terpaksa membantu anak-anak kapal untuk menahan penumpang," kata MAS.
MAS berkata sebaik sahaja tiba di KLIA, penumpang terbabit diserahkan kepada pihak berkuasa.
Pesawat tersebut kemudiannya berlepas ke Colombo jam 10.06 pagi ini, kata kenyataan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan