Sempena sambutan hari buruh, khutbah Selangor hari ini mengingatkan umat
Islam supaya mencari rezeki yang halal kerana ia kunci kepada
pembentukan masyarakat yang bertakwa.
Khutbah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengingatkan supaya golongan pekerja tidak melibatkan diri dengan amalan rasuah, penipuan mahupun penganiayaan.
“Justeru, setiap rezeki daripada pekerjaan yang dilakukan mestilah daripada perolehan yang halal serta dijamin keberkatannya,” teks khutbah itu dipetik.
Mimbar berkata bekerja untuk memperoleh rezeki atau pendapatan halal setaraf dengan amalan berjihad di jalan Allah.
“Perlu di ingat bahawa satu kejahatan dan perlakuan haram itu, bukan akan dibalas di akhirat malah di dunia lagi kita akan menerima bahananya,” menurut teks khutbah itu lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan